Cari Blog Ini

Isnin, 13 September 2010

MANUAL kehidupan MANUSIA

Setiap penciptaan ada manualnya. Penciptaan kereta ada manualnya, basikal ada manualnya, radio ada manualnya, robot ada manualnya. Tanpa manual kita tidak tahu bagaimana untuk menggunakan alat tersebut. Dengan manual juga kita dapat mengetahui bagaimana untuk menjaga alat itu serta bagaimana cara untuk memastikan alat itu berfungsi dengan sebaiknya. Sebagai contoh kereta. Apakah cecair yang sesuai digunakan untuk menggerakkannya? Diesel atau petrol? Adakah air diperlukan untuk enjin? Bila kereta perlu diservis? Di mana letaknya suis lampu?… semua jawapan bagi soalan tersebut boleh perolehi melalui manual yang disediakan. Siapa yang sediakan manual tersebut? … sudah tentulah penciptanya.

Bagaimana dengan penciptaan MANUSIA? Adakah wujud manual bagi penciptaan manusia? Bagaimana untuk mengetahui cara terbaik bagi menguruskan kehidupan kita di muka bumi? Tidak adil rasanya jika kita diciptakan tanpa panduan.

Sebagaimana kereta, basikal, radio, robot, manusia juga mempunyai manual. Dan manual itu pastinya disediakan oleh MAHA PENCIPTA. Bukan yang dicipta atau direka oleh manusia sendiri. Adakah robot menyediakan manualnya sendiri?

Namun persoalannya, apakah manual manusia?... Jawapannya, KITAB SUCI… Bagaimana ciri-ciri kitab itu?

Jawapannya: Kitab itu mestilah…..
  1. Memberi panduan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.
  2.  Setiap panduan membawa kebahagiaan dalam kehidupan.
  3. Sesuai untuk semua manusia, tidak kira bangsa, kedudukan, warna kulit dan sebagainya.
  4. Hati menjadi tenang bila membacanya, kerana kesuciaan setiap ayat daripada YANG MAHA MULIA.
  5. Kitab yang bukan sahaja menyentuh tentang kehidupan manusia malah setiap apa yang tercipta di alam ini seperti cakerawala, jin, tumbuhan dan haiwan. Supaya manusia dapat mengetahui kewujudan mereka walaupun ada yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar serta dapat menggunakan sumber yang ada dengan baik.
  6. Ayat-ayat yang mampu mengubati penyakit, teman ketika duka, serta membersihkan perasaan yang tidak baik.
Adakah kitab yang mempunyai ciri-ciri sebegini? … Jawapannya ADA iaitu AL-QURAN. Kitab yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW dan disampaikan kepada sekalian manusia. Kitab ini dapat menjawab segala kemusykilan dalam kehidupan. Serta segala panduan yang diberi membawa keselematan dan kebahagiaan dalam kehidupan di dunia ini.

Sebagai contoh, apakah pakaian yang terbaik bagi manusia hidup di dunia? Adakah terlanjang 
pun sudah ok, atau bagaimana?... Jawapannya… semua pakaian boleh dipakai tapi apakah pakaian yang paling selamat. Jika hendak cantik semua pakaian cantik mengikut citarasa masing-masing. Menurut manual kita iaitu kitab AL-QURAN, dalam surah al-Ahzab ayat 59, Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berpesan kepada isteri-isteri baginda dan semua wanita supaya memakai jilbab (tudung) dan labuhkannya hingga ke bawah dada. Tujuannya agar wanita itu selamat apabila berjalan dan dikenali sebagai wanita Islam/ wanita yang baik. Namun perintah ini tidak ditekankan dalam kitab-kitab yang lain.

Ini sudah terbukti, jika kita lihat kes-kes rogol yang berleluasa pada masa ini adalah antaranya disebabkan masalah pakaian yang tidak dijaga oleh golongan wanita hingga mengundang kepada perkara yang tidak baik. Cuba kita teliti analogi ini…

Ada dua orang gadis kembar seiras yang sangat cantik. Seorang kakak dan seorang adik. Kedua-duanya sangat sama sehinggakan kedua-duanya memiliki tahi lalat manis di bawah bibir. Kakak suka memakai baju kurung dan bertudung, manakala adik tidak suka bertudung tetapi suka pakai baju dan seluar jeans ketat. Pada suatu hari mereka berdua berjalan bersama di satu lorong. Di lorong itu, terdapat sekumpulan budak lelaki nakal yang sedang melepak. Andaian kamu, di antara kakak dan adik, siapakah yang akan diganggu secara nakal? Bagaimana gangguan yang diperolehi oleh kakak jika berjalan seorang diri dan bagaimana pula gangguan yang diperolehi oleh adik jika berjalan seorang diri? Di antara kedua-dua mereka, siapa yang berpotensi besar untuk dirogol?

MAHA PENGASIHnya ALLAH SWT. Itu baru berkaitan pakaian wanita. Belum berkaitan mualamat, zakat, larangan mengumpat, hormati ibubapa, dan banyak lagi. Banyaknya melengkapi setiap persolan hidup. Semuanya lengkap di dalam AL-QURAN. Saya mungkin tidak bercerita secara terperinci. Saya rasa lebih elok anda semua bacalah sendiri tafsiran AL-QURAN. Supaya anda dapat rasa sendiri kebahagian dan ketenangan setiap baris ayat yang ada… SUBHANALLAH…

Mari kita SAMA-SAMA berFIKIR…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan