Cari Blog Ini

Jumaat, 11 Februari 2011

PERINGKAT-PERINGKAT NAHI MUNGKAR (rujukan : Ihya’ Ulumuddin - Imam Ghazali)

1)     Memberi Penerangan
Maksudnya ialah memberikan penerangan kepada orang yang hendak dicegah perbuatannya. Hal ini kerana, ada kalanya seseorang yang melakukan sesuatu kemungkaran itu tidak mengetahuinya atau kerana kebodohan. Sehingga apabila seseorang itu diberitahu, mungkin mereka akan meninggalkannya. Oleh sebab itu, sebagai peringkat yang pertama, wajiblah dilakukan dengan memberikan penerangan terlebih dahulu dengan ramah tamah.
                Mungkin dengan penerangan itu akan menyebabkan terbukanya kesalahan atau mungkin menyakitkan hati, maka sebaik-baiknya hal ini dilakukan dengan lemah lembut. Kita semua sebenarnya dilahirkan tanpa mengtahui apa-apa, lalu para alim ulaman yang mengajarkan ilmu kepada kita, mana-mana yang benar dan mana-mana yang salah. Cara inilah yang harus digunakan. Dengan demikian, penerangan itu dapat kita sampaikan dengan tanpa menyakiti hati sesiapa atau membuka rahsia seseorang.
                Ingatlah menyakiti hati seseorang Muslim hukumnya adalah haram dan dilarang oleh agama, tetapi membiarkan seseorang melakukan kemungkaran juga dilarang dan tidak dibenarkan. Bagi seorang yang berakal, tentulah tidak akan mencuci darah dengan darah atau dengan air kencing.
Apabila seseorang mencegah kemungkaran dengan cara yang menyakitkan,  akan menyebabkan hati mereka menjadi tidak senang dan juga memberikan kesan yang tidak baik. Contohnya, seperti orang yang mencegah kemungkaran dengan cara yang keras atau kata-kata yang keras.

2)     Memberi nasihat
Melarang seseorang daripada melakukan kemungkaran memberikan nasihat, petunjuk yag baik serta menakut-nakutkan mereka dengan azab seksaan Allah SWT. Hal ini perlu dilakukan kepada mereka yang berani melakukan kemungkaran, sedangkan dia sendiri mengetahui bahawa yang dilakukannya itu jelas suatu kemungkaran. Misalnya, seseorang yang sudah biasa minum arak, suka menganiaya orang lain, mengumpat sesama kaum Muslimin dan lain-lain lagi.
Orang yang demikian perlu dinasihatkan dan takutkan mereka dengan seksaan Allah SWT. banyak sekali berita yang menunjukkan cara orang yang terdahulu, mereka melakukan perkara yang sedemikian iaitu menakut-nakutkan orang yang melakukan kemungkaran dengan seksaan Tuhan. Bahkan, hal yang sedemikian itu juga dianggap sebagai ibadat bagi orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
Menasihati seseorang itu wajib dilakukan dengan lemah lembut, rasa kasih sayang, bukan dengan kekerasan, sikap marah dan apa-apa sahaja yang menyebabkan kemarahan orang lain. Orang yang bersalah mestilah dipandang dengan pandangan belas kasihan dan rahmat.

3)     Melarang
Melarang dan mencegah dengan kekerasan iaitu dengan nada paksaan, tetapi hendaklah menghindari perkataan yang kasar dan tidak sopan. Hal ini hanya akan dilakukanapabila sikap lemah lembut tidak memberikan kesan sama sekali. Tambahan pula, apabila mereka yang dicegah itu menunjukkan sikap menentang dan trus melakukan kemungkaran seakan-akan meremehkan dan mempersendakan nasihat dan petunjuk yang diberikan.
Cara dan kaedah ini pernah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS terhadap umatnya dengan ucapan sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran, Surah Al-Anbiya’ ayat 67 ang bermaksud:
“ Jijik perasaank terhadap kamu dan apa yang kamu sembah selain Allah! Maka mengapa kamu tidak mahu menggunakan akal fikiran kamu?”
Sekali lagi perlu diingatkan, bahawa cara ini walaupun perlu dilakukan, hendaklah dijauhi perkataan-perkataan yang kotor, caci maki, tidak sopan atau melampaui batas. Dalam peringkat ini ada dua jenis adab sopan menasihati seseorang yang melakukan kemungkaran, iaitu:
i)       Jangan–jangan tergesa-gesa melakukan cara ini, kecuali apabila merasakan adanya keperluan yang sangat mendesak, dan digunakan apabila cara pada peringkat kedua tidak berjaya mendatangkan hasil yang diharapkan.
ii)     Hendaklah perkataan yang digunakan itu semuanya benar, ringkas dan tidak melencong daripada tujuan yang terlalu berbelit-belit. Hendaklah menjauhi perkataan yang tidak diperlukan dan perkataan yang tidak ada hubungannya dengan tujuan dan maksud. Jadi, hendaklah perkataan itu ringkas tetapi memberi kesan yang mendalam di hati seseorang yang melakukan kemungkaran itu.

4)     Melarang dengan kuasa
Cara ini hendaklah dilakukan sebagai usaha yang terakhir. Misalnya dengan menggunakan tangan seperti membuang arak, merosakkan alat yang digunakan untuk melakukan kemungkaran, yang dimiliki oleh mereka yang melakukan kemungkaran itu atau menjauhkan diri mereka daripada kemungkaran itu sehingga tidak dapat melakukannya lagi.
 Bagi rakyat biasa, mereka hanyalah berhak untuk menolak atau sekuat-kuatnya ialah dengan menggunakan tangan. Tetapi, bagi pihak penguasa negara atau pemerintah, mestilah mengunakan yang lebih daripada itu, baik dengan kekerasan tenaga atau undang-undang.
Misalnya, menutup kilang membuat atau memproses arak, merosakkan alat-alat kemungkaran, menghapuskan tempat pelacuran dan sebagainya. Hal ini dapat juga dilaksanakan dengan pertimbangan hakim yang berkuasa, seperti memenjarakan mereka yang melakukan kemungkaran itu atau memukulnya sebagai hukuman. Semua ini menjadi kewajipan pemerintah dan pegawai-pegawainya.

Khamis, 20 Januari 2011

PHOTOGRAPHY BIAR KENA CARANYA

Bila melihat aktiviti PHOTOGRAPHER skrg rasa sedih, marah, kesian, simpati, dan pelbagai emosi yg timbul. sy rasa sgt SENSITIF. bukan apa, apabila melibatkan maruah gadis2 model yg tak tau berapa sgt lah bayaran di terima berbanding maruah yg dirobek sedikit demi sedikit. yg lebih menyedihkan bila ada perempuan turut sama dlm kump. sebegini. yg sy maksudkan kump. photographer yg ambil gambar gadis2 dr pelbagai sudut dan aksi kemudian di pamerkan di laman sosial yg boleh di lihat oleh ramai org. kemudian tag pd semua org hrpn supaya dpt komen dr hasil tersebut. tp dlm sedar atau tak ada mata2 jahat yg meneliti setiap inci tubuh gadis2 Muslim ini. cuba tanya pd diri masing2. brp ramai yg hati dia tenang bila melihat ramai org lelaki yg bukan muhrim ambil gambar adik atau anak perempuan mrk dr pelbagai sudut kemudian pamer di khalayak ramai??? di mana peranan sebagai seorang lelaki muslim menjaga maruah wanita2 Islam? si gadis model pula jgn biarkan tubuhmu di ratah oleh kamera2 yg menjadi topeng bg mata-mata yg bukan muhrim kamu. jagalah maruah kamu dan letakkan dirimu di tempat yg paling baik. kedudukan kamu ditentukan oleh diri kamu sendiri. sy sgt sayangkan kamu kerana saya pun perempuan juga. untuk para photographer, tidak salah dengan minat dan hobi kamu, cuma ambil tahu apa yg halal dan haram. HARAM itu bukanlah satu kongkongan. HARAM itu adalah kebaikan bukan sahaja utk diri kita malah utk org yg disekeliling kita. harapan sy semoga kamu semua sentiasa diBERKATI.

PHOTOGRAPHER.. fikir-fikirkan

Ramai photographer menganggap subjek wanita adalah yang paling cantik. buktinya, setiap kali latihan praktikal photography dan aktiviti 'outing' mesti menggunakan model wanita sebagai subjek gambar. memang tidak nafi wanita adalah SALAH SATU  DI ANTARA ciptaan tuhan yang cantik. jadi banyak lagi benda yang cantik di dunia ini yang boleh dieksplore lg untuk dijadikan sebagai subjek. kalau kata nak ambil gambar potrait, gambar orang lelaki pun ok. serlahkan ketampanannya. Atau kanak-kanak serlahkan kecomelannya. kalau gadis biarlah hanya juru foto wanita sahaja yang eksplore kecantikannya. yang sudah pasti bagi juru foto wanita yang baik tidak akan membuka aib atau maruah si gadis yang ayu. sebagaimana yang telah saya nyatakan sebelum ini, sebagai orang ISLAM terutamnya lelaki muslim, siapa lagi yang nak menjaga maruah wanita Islam jika tidak kamu. Jangan sampai akan datang orang lain pula buat perkara yang sama membuka aib keluarga perempuan kamu, anak perempuan kamu dan lain-lain lagi. dunia ini kan macam roda. pasti akan kembali semula kepada kita. jika sebelum ini, si lelaki pandang wanita dengan ekor mata, tapi disebabkan tapisan sebiji kamera kita rasa halal meneliti setiap sisi tubuh gadis yang kita tak tau anak perempuan siapa, adik perempuan siapa, kakak siapa dan isteri siapa. mari kita fikir-fikirkan wahai PHOTOGRAPHER